CARA MENYAMBUT HARI RAYA
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan, pada petang akhir Ramadhan orang-orang yang telah meninggal dunia menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir.
Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita..Insya'Allah.
Sejarah - Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Wallahua'llam.
dipetik dari laman web http://ctredzuan.fotopages.com/?entry=568185
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment